Tuesday, November 22, 2011

.: DOSA DALAM PERKAHWINAN :.

Sedang leka melayari internet, saya tertarik dengan artikel ini..Jom kita zassSS...(amboii, macam melodila plak..hu2)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.

Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka penulis blog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.

Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?

Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.

Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.

Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.

Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.

Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.

Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.

Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.

Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.

Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.

Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:

"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."

Ada juga yang berkata:

"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."

Sedia itu merujuk kepada apa?

Ilmu rumahtangga?

Ilmu Agama?

Persediaan mental dan fizikal?

Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga.

Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?

Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?

Itu perlu ditanya pada diri sendiri.

Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?

Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.

"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)

Firman Allah S.W.T:

" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"

Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat bukan tanggungjawab seorang suami?

Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.


~Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan~



-Artikel iluvislam.com

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/3847-dosa-dalam-perkahwinan.html

.: BERSAMA DALAM MENCARI REDHA-NYA :.

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa. Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."


Dan bermulala detik bersejarah dalam hidupku^_~

Tanggal 13 Mac 2011 tepat jam 12:29 PM diriku bergelar seorang isteri kepada seorang suami;)

Seorang lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya dijadikan satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan. Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman kerana perjalanan perkahwinan itu sendiri bukan untuk sehari dua saje, malah berpanjangan..


.: Saat yang tidak pernah dilupakan :.

~ ReDhAmu, sYuRGaku ~




Monday, November 29, 2010

Hari Pertunangan..


Setelah memberi kata putus dan persepakatan dicapai, akhirnya secara rasmi kami 'terikat' pada 06 November 2010 bersamaan hari sabtu kira-kira jam 3.00 petang..
Siapa sangka secepat ini semuanya terjadi..aku sendiri sehingga kini masih terasa ianya bagaikan sebuah mimpi..Baru semalam rasanya aku bermohon dan bermunajat pada NYA supaya cepat dipertemukan jodoh..Ya Allah,terasa baru semalam sahaja aku merintih pada MU, siapakah dia yang akan sama-sama bergandingan dalam menempuh rintangan hidup ini demi redha-MU..subhanallah..~
Namun Ya Allah, janganlah Engkau lalaikan kami hanya kerana sebuah ikatan yang belum halal ini..Semoga ianya sentiasa terpelihara dalam jagaan MU....





~ Segalanya kan bermula di sini... ~

Sunday, October 24, 2010

Rombongan 'ZiArAH...'


~ saturday, 23rd october 2010, 11:14pm ~

" Awk btul2 ke ni..? ", sms dilayang selepas ape yg t'jadi petang td.
" btul2 la ni, xkan main2 plak..saya sedia terima awak.." , antara percaya dengan tidak aje aku hadam jawapan daripada dia..
" emm..btul ni? ", aku tanye lagi untuk kepastian tahap maksimum..biarpun rombongan telah sampai ke rumah petang td..~ abah & mak pn dh meleret senyumnya...~~apakah maksudnya ini..??! ~ masih xdapat diterima akal.. ~ nah, amik kau..'go with the flow' btul2 ni..(@@).
"Yela, betulla..awk leh trime sy tak? sy xnakla paksaan..2 je..", haru baca ayat ni..'sy xnkla paksaan..2 je.'

So..what should I say....??

Berfikir sejenak...Istikharah tanpa mimpi..tapi petunjuk xsmestinya datang melalui mimpi..tapi jalan yang dipermudahkan olehNYA ~ dengan abah dan mak yang senyum memanjang ~ smua orang pn girang ~ adakah ini petunjuk dari NYA ~ sementelah pendapat semua orang berpusat ke satu arah, kemas..!! ~ adakah ini semua petunjuk??

Lagipun, cara ini yg ku suka..bukan melalui bercinta sakan..kate org, 'no feeling-feeling...'. Nak feeling, lepas kahwinla..ahakks~ bukankah ini cara islam? islam itu indah...!

Sebenarnya...
aku lebih sukakan orang lain..Tapi orang tu memilih untuk tidak berbuat apa2!! Lalu aku yg kerdil ini pasrah..Cukupla sgala 'hints' yang aku bagi...~ walaupun dalam hati masih mengharap.. ~ aku redha dengan ketentuan Ilahi, kerana DIA lebih mengetahui...aku teringat ayat ini..

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ~ Al-Baqarah, 216.

Berbekalkan segala kesimpulan di atas, lalu aku taip message,
" saya boleh..insyaAllah..."
. Dan punat 'send' ditekan....
~ masih ada keraguan..tapi aku betul2 b'serah pada DIA, KEKASIH yang tak pernah aku ragui..Andai betul sudah tersurat, smoga dipermudahkan jalan selepas ini... ~


@@@@@@@@

Ramai orang berpandangan,

Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,

Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,

Mereka sebenarnya terlepas pandang,

Dalam Islam ada tempoh taaruf dalam
RISIK

dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,

Taaruf itulah yang mendedahkan keserasian,
Cuma taarif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran
manusia berlainan,

Islam mengajar manusia taaruf
yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dar
i kemaksiatan.
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,

Islam mngajar serasi dengan ajaran Tuhan,

Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,

batasan-NYA tidak boleh

dipermainkan.


~Monolog Asiah Yusra~
dalam novel

TAUTAN HATI
Fatimah Syarha Mohd. Noordin




~ KeiNDaHaN MaSJiD yAnG diBiNa aDaLah bErGaNtUng pAdA NiAT dan KEIKHLASAN iNsAn2 yAnG bErSaMa mEnGHiDupKaNNyA ~


Thursday, October 21, 2010

CiNTaKu...



Angin membelai wajah..
dalam kedinginan seakan menyapa…
Menyampaikan hasrat di jiwa,melagukan irama kerinduan..
Gemersik ketulusan..
membawa sejuta perasaan..yang tersimpan kukuh dan rapat..
Entah bila bisa bersuara..menyata kasih menyampai rindu..
HAnya Tuhan saja yg tahu..perasaan yang berlagu di jiwa..
Kerana diri masih buntu..dalam mencari cinta...
Yang pastinya..
Cinta Ilahi, cinta yg kekal abadi…..



~ MoGa DeNgAn CiNtA-MU YA RABB, aKaN kuTeMui cinTa dia ~

Wednesday, October 20, 2010

Warkah Buatmu Sahabat…..…

Assalamualaikum w.b.t sahabat.

Harap sihat sentiasa dan gembira selalu di sisi insan-insan yg disayangi serta tugasan-tugasan di tempatmu. Semoga kehadiran warkahku ini tidak mengganggu segala kehidupan seharianmu…

Sahabat,

Sudah sekian lama kupendamkan segalanya kerana diriku ini tak bisa untuk meluah. Maafkan diriku yg kerdil ini kerana baru kini kukhabarkan buatmu. Ku kira waktu ini yg sesuai, ya waktu ini. Ku tahu, diriku telah banyak melukakan hatimu dalam diam. Walaupun dirimu tak pernah bersuara, naluriku dapat merasakannya. Maafkan aku kerana tak bisa memenuhi hasrat hatimu…

Masihku ingat, Allah telah mempertemukan kita di satu masa. Walaupun aku insan yg sebegini, namun dirimu tak pernah jemu menyapa. Aku tak pernah mengerti maksudmu. Bagaimana aku ingin mengerti, keramahanmu menyapa semua orang, dan kebanyakannya adalah perempuan! Tapi aku tak pernah pandang serong terhadapmu. Bagiku, dirimu adalah sahabatku sama seperti sahabatku yg lain. Ya, hanya sahabat.

Lama-kelamaan temanku sendiri yg menyapaku. Dia lebih mengerti tingkahmu daripada diriku. Tapi aku tak pernah ingin percaya apa yg dikhabarkan oleh temanku kepadaku. Ya, alasannya sebab layananmu sama sahaja terhadap semua orang. Lagipun hati ini tak pernah peduli dengan semua itu.

Sahabatku,

Mungkin naluriku memahami, lama-kelamaan hati ini jadi terhibur dengan sikapmu. Aku tahu perasaan ini, tetapi aku biarkan sahaja ia tersembunyi di hati. Kerana diriku takut semua ini sekadar andaian temanku.

Sahabatku,

Betul andaianku. Tidak lama selepas itu, kau ada insan lain. Hatiku rasa bagai dihiris-hiris. Siapa tahu… Namun aku tetap biarkan sahaja hatiku begini, kerana kau sahabatku…Aku biarkan rasa ini sebagai sayang terhadap sahabat, kerana kau sahabatku…

Sahabatku,

Kau tak pernah berubah walaupun dah ada insan istimewa. Tapi mengapa? Hatiku rasa terseksa dengan sikapmu. Namun demi persahabatan, kupendamkan saja rasa ini. Aku tahu, kau juga tak dapat menilai hatiku. Tetapi kau memahamiku sebagai sahabat kerana kita mempunyai rasa yg sama…!

Sahabatku,

Perpisahan yg terjadi kerana ilmu tak pernah memudarkan ingatanmu terhadapku, walaupun terkadang waktu itu aku melupakanmu. Maafkan aku. Bagiku, dirimu dah ada teman istimewa, cukuplah.. bukan aku tidak menghargai persahabatan ini…ia tetap teguh di hati! Aku tahu, dengan sikapku yg sebegini akan membuatkan dirimu terasa. Namun kubiarkan sahaja kerana kufikir lama-kelamaan rasa itu akan hilang dengan perjalanan masa.

Sahabatku,

Walaupun hatiku sakit, tapi terasa bahagia melihat dirimu dan dirinya. Kerana sifat-sifatmu dan sifat-sifatnya yg islamik itu seakan-akan serasi walaupun hatiku cemburu! Namun aku tak mengerti, diriku tetap jadi perhatianmu! Fahamilah, aku terseksa. Sampai satu tahap, aku terluah apa yg terpendam selama kita bersahabat ketika itu. Aku tahu dirimu sedikit menyesali apa yg terjadi, menyesali kerana hatimu tak pernah berani untuk bersuara pada ketika itu. Segala-galanya sudah suratan, tak perlu untuk kita menyesali…

Sahabatku,

Maafkan aku kerana membebankanmu dengan masalahku. Maafkan aku kerana membebankanmu dan mengheretmu ke dalam masalahku ini kerana aku tidak tahu untuk meluah pada siapa, aku sangat terbeban ketika itu seakan-akan hilang arah. Untungnya diriku, kau tetap seperti dirimu yg dulu walaupun kau tahu apa yg menimpa diriku ini, kau tidak pernah berubah. Cuma aku kesal, adakah kerana diriku kau dan dia berubah haluan?

Sahabatku,

Aku amat menghargai perhatian yg kau berikan. Dari saat aku hilang arah, tergapai-gapai seorang diri. Kau tunjukkan aku satu jalan menuju satu cahaya yg menyuluh terang. Kau tak pernah tinggalkan aku dan tak jemu-jemu memandu arah untukku. Ya Allah, kasihMu itu luas. Terima kasih Ya Allah, Kau berikan aku sahabat ini. Namun langit tak selalunya cerah, iman tak selalunya teguh. Aku tetap teruji. Aku tahu sesuatu tanda ujian dariNya adalah kerana Dia inginkan hambaNya itu sentiasa mengharap, dan sentiasa dekat denganNya. Tapi kapalku masih terumbang-ambing. Maafkan diriku kerana kelemahanku ini. Aku tahu dirimu marah terhadapku. Aku tidak pinta semua ini terjadi, fahamilah…kerana aku juga insan biasa. Maafkan aku. Aku menyayanyi sahabat sepertimu. Mana mungkin dapatku cari. Dan aku takut kehilangan sahabat sepertimu. Kerana itu, aku kuatkan semangat demi janjiku terhadapmu dan demi Kasih Allah yang sentiasa kudamba. Itu yg utama. Terasa kebahagiaan di hati walaupun terkadang derita dengan perjalanan yg lalu. Ku rasa lebih dekat kini denganNya. Kurasa lebih nikmat kini ketika bersamaNya meniti malam dengan titisan-titisan airmataku di kala mereka lena…, mengutip kembali semangatku yg tertinggal.

Sahabatku,

Kutahu hatimu terhadapku tak pernah berubah. Tambahan pula keadaanku kini yg memerlukan perhatian yg lebih. Maafkan aku kerana membuat hatimu selalu bimbang, maafkan aku kerana mengoyahkan ketenangan hidupmu dengan masalahku ini. Maafkan diriku sahabat, kerana diriku begitu memerlukan sahabat sepertimu.

Sahabatku,

Di saat ini aku begitu terkenangkan dirimu. Kerana rasa hati ini dan perasaan bersalah ini terhadap dirimu. Mungkin kau begitu berkecil hati ketika ini kerana aku tetap menolak rasa hatimu. Maafkan aku sahabat. Nilai cintamu terlalu suci untuk diriku. Bukan aku tak sudi tetapi kerana kita bersahabat dari dulu hingga sekarang. Kerana kita sudah terbiasa dengan persahabatan ini. Kerana aku begitu menyayangi ikatan ini sahabat. Dan kerana aku terlalu mencintaimu sebagai sahabat. Maafkan aku. Bukan aku tidak menghargai apa yg telah kau lakukan, tapi kau berhak dapat yg terbaik! Mungkin Allah hanya meminjamkan kau sebagai sahabatku sahaja. Aku tetap bersyukur, walaupun kita dipertemukan dalam keadaan yg sebegini. Usahlah kau bimbangi tentang diriku. Kerana Allah itu sentiasa ada untuk hamba yg mendambakan kasihNya. Sahabat, ketahuilah, aku terasa bahagia dengan ukhwah kita yg sebegini walaupun kau hanya bergelar sahabat. Ukhwah ini tetap indah kerana Allah…kerana kau sahabatku.

Sahabat,

Ketika ini juga aku meneliti balik sms-sms mu yg lalu yg berunsurkan tafsir Al-Quran, hadis, nasihat dan semangat yg kau berikan. Semua kutulis dan kusimpan rapi di dalam buku kesayanganku. Terlalu banyak pesananmu untuk sahabatmu ini. Terima kasih sahabat. Aku teramat menghargainya dan berharap kau takkan jemu untuk mengirim lagi sms-sms seperti ini selagi keadaanmu dan keadaanku berkeizinan…kau fahamkan maksudku ini sahabatku..?

Sahabatku dunia dan akhirat,

Kukira kau akan mengerti di sebalik diriku yg kerdil dengan kehadiran warkah istimewa buatmu ini. Untukku dan keikhlasanmu dalam persahabatan kita ini, berjanjilah padaku untuk hidup dengan sebaik-baiknya. Aku tahu insan yg menyayangimu kini adalah insan yg baik. Aku telah tunaikan janjiku terhadapmu, kini tiba giliranmu. Untukmu kusentiasa doakan kebahagiaan, kesejahteraan dan rahmat dariNya. Doakanlah juga untukku. Lepaskanlah semua perasaan yg lepas sahabatku…Aku tidak ingin terseksa lagi dan aku tidak sanggup melihat kau dalam keadaan sebegini pada ketika ini…Fahamilah keadaan ini sahabat…Terimalah suratan takdir ini…Allah juga inginkan yg terbaik untukmu…! Biarlah ia berakhir di sini, biarlah ia berakhir di sini..tapi bukan persahabatan kita…kerana kau akan sentiasa menjadi sahabatku……dunia dan akhirat.Wassalam…

" Untunglah orang mukmim, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya. Bukan namanya perjuangan tanpa kesulitan, namun disebaliknya ada ketenangan. Yang PASTI kita tak sendirian, ALLAH tetap bersama…." – dipetik daripada sms mu.


Ikhlas dari ceruk hati sahabatmu.

10:37 pm, December 4th, 2007.




~ RiNdu YaNg BISU...hiNgg@ sAmPaI wAkTu, RinDukU pUn bErLALu... ~



Thursday, October 14, 2010

KELAZATAN PERSAUDARAAN





Ayuh, Rasakan Kelazatan Persaudaraan


"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." - Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Sahabat…
rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari
dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat…
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang di antara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat…
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu ‘Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Sahabat…
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." Q.S Al-Hujurat : 10

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." hari. Muttafaqun ‘Alaih

Sahabat…
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya?


Wallahualam.

Wednesday, October 13, 2010

SeJeNak...~


Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :

Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.
Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

(HR. Turmuzi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).

Sunday, October 10, 2010

TEN TEN TEN (^_^)

Assalamualaikum...
Semoga semua dalam kerahmatan-NYA.
Amin....

Dah lama tak jenguk dan isi blog ni. Bukan tak ada masa. Tapi sibuk menjengah web lain..hu2..Kali ini cuti panjang lagi selepas menimba sedikit pengalaman di smkb. Sedikit? Nampaknya banyak lagi pengalaman yang perlu dicari..Masih tercari-cari ruang-ruang yang ada bagi menambah pengalaman..Dan 'budget' yang masih ada perlu di 'cut' supaya dapat menampung cuti yang panjang ini memandangkan diri masih lagi tiada 'dahan' yang boleh tumpang berteduh..adeh..^^

"epy ten ten ten", satu msg masuk phone yg buatkan saya tersengih tertanya-tanya..
"epy ten ten ten?haa..ape ni?hu2.", saya balas..masih tersengih dan tertanya-tanya..
"ten ten ten", dia ulang..makin bingung dibuatnya..ha2..hadoi...
saya balas, "emm toin toin toingg.."
"ler. ten ten ten la....knape toing toing toing plok", ishh..cam xpuas hati pulak dia..
"he2..bakpo ten ten ten?xphmla..sbb 2 jd toin toin toingg(ana feningla..)", ahaha..hadeh..dah pening lalat duk pk..dia duk main ten ten ten..ten ten ten...(@_@)
"ten ten ten tu klu diterjemahkan jadi 1o.10.10. klu toing2 tu ada mksud?"
Ooo..haha..nak tergelak besar rasa sebab xtersedar langsung..manala orang faham encik ten ten ten..hu2..
Toing2 tu maksudnya pening lalat wahai encik ten ten ten^_^

Anda tahu apa itu ten ten ten..?
jawapannya adalah 10.10.10 ^^
tarikh yang 'sweet' pada hari ini...walaubagaimanapun nombor ini hanyalah angka semata-mata..harinya tetap sama dengan hari-hari lain..yang berbeza hanyalah amalan kita sehari-hari..bagaimana kita membentuk hari-hari kita..adakah lebih baik @ tidak dari hari sebelumnya...sama-sama kita renungkan..

*Terkena saya hari ini....hu2..


TEN TEN TEN....(^_^)~




~ sEmOgA hAri eSok LeBih B@ik... ~

MANUAL CINTA: CINTA TIDAK PERLU DIUNGKAP..

Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta. Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.

Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan. Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan. Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.

Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu. Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa. Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia. Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta. Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.

Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.

Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.

Cinta diungkap, hati gelisah.

"Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.

"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.

"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita. Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita. Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.

"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.

"Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok lagi. Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan saya..." beliau bercerita.

Orang menaruh hati memendam rasa, datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!

"Apa yang dia cakapkan?" tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.

"Dia cakap dia sukakan saya. Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali, Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.

Penantian satu penyeksaan. Keluar daripada kes sebentar, ini terutama untuk muslimat. Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir. Jika YA, katakan dengan cepat. Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.

Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.

"Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih bunyinya.

"Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.

"Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.

"Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.

"Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.

"Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia menyoal balas.

"Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"

Perasaan wanita, lelaki harus hormati.

Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.

Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan. Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.

Mengantuk disorongkan bantal. Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana. Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.

Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.

Anda mahu pergi jauh, pergilah. Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.

Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka? Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.

Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah. Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis. Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain! Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.

Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?

Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas. Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis. Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.

Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".

Lawan jangan layan jangan.

"Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana nak buang ni?" tanya beliau.

Buang jangan, manage perlu. Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan melupakannya.

~Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

~Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

~Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

~Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".

tips daripada :Ustaz Hasrizal

Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT. Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.

Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.

Jika Malaysia boleh, anda juga pasti boleh kerana anda rakyat 1 Malaysia! Ahaks...


Source :

www.iluvislam.com

Wednesday, March 24, 2010

uJiaN-uJiaN 2..~~

Banyak sungguh cabaran jadi seorang guru ni.Mau tak nye, budak2 zaman sekarang ni makin hypernakalnye...dan makin kurang dari segi akhlak..Mana taknye, guru sudah tidak dihormatinya..tapi bukan semua, masih ada segelintir yg m'hormati guru..BuKan SeNanGgg nak mendidik seseorang pelajar.....Mungkin ada guru yg b'sikap lepas tangan terutama yg telah lama mengajar..Tapi bagi saya guru ini bukan dengan sengajanya ingin bersikap lepas tangan..mungkin kerana sudah letih dan jemu utk terus mendampingi pelajar2nya..PeNattt..Betapa dahsyatnya generasi muda zaman sekarang...saya?Walaupun saya penat, tetap akan sedaya upaya m'jalankan tanggungjawab ini dengan baik..dan mendoakan anak didik saya menjadi seorang insan yg baik..amiinnn..InsyaAllah, mudah-mudahan...

Tujuan asal saya dalam post ini adalah berkenaan dengan topik ujian kpli iaitu MTest. Tahun ini tidak seperti tahun2 sebelumnya..Agak terkejut juga bila kita sudah pun selesai menempuhinya, tiba2 pulak ada orang lain yg sibuk membuat persiapan untuk mendudukinya.. Jangan terperanjat! Tahun ini ada 2 fasa untuk ujian Mtest..Fasa1 dan Fasa2..Fasa2 akan diadakan pada 27hb Mac iaitu bersamaan hari sabtu ini..Dengan berbesar hati saya di sini ingin mengucapkan tahniah bagi sesiapa yang telah berjaya dipanggil utk ujian MTEst Fasa2 ini..Semoga dapat menjawab soalan2 MTest dengan jayanya...amiinn..^^..



~usaha-> doa-> tawakal~

Wednesday, March 17, 2010

Kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W


Bismillahirrahmanirrahim.........
Segala puji hanyalah bagi Allah SWT..
Selawat dan salam ke atas Kekasih Allah junjungan kita..
Nabi Muhammad S.A.W...


~ Bagaikan terngiang2 lagi di telingaku ini suara seorang penceramah (mudir dari sekolah mana/ nama ape sudah lupa..aiyaa) pada sambutan maulidurrasul di SMKB..sungguh menusuk kalbu..kalau tidak, mengapa pula airmataku bisa mengalir di khalayak...serius...Bergantung pada individu itu sendiri bagaimana penghayatannya apabila disebut@ dikisahkan keperibadian baginda...Jauhnya perbezaan pada zaman sahabat baginda dengan zaman kita...Sejauh manakah kasih dan sayang kita kepada baginda Rasulullah S.A.W...? YA, segala persoalan itu untuk diri sendiri juga...Apa yg penceramah itu ceritakan lebih kurang seperti artikel yg kujumpa ini..Sama2 kita hayati...^^


Sebelum wafat, baginda sempat menyampaikan wasiat yg terakhir dalam khutbahnya,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.
Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.
Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"
Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?



Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita...






Thursday, March 11, 2010

Ujian- ujiAn...


Alhamdulillah...segala puji hanyalah milik-NYA yg kekal...

alhamdulillah telah dapat panggilan utk menduduki ujian Mtest sekali lagi pada tahun ini (sabtu ini-13hb mac 2010) Harap dapat buat yang terbaik..bagi yang sama2 berjuang, all the best..doakan saya..^^..




~~ Mengharapkan yang Terbaik, USAHA pun mesti terBAIK punya..=) ~~

Saturday, March 6, 2010

Kem Bimbingan Kerohanian..=)



adalah lagu tema yang digunakan dalam Kem Bimbingan Kerohanian sesi 2009 di Sekolah Menengah Sains Machang pada 4 & 5 September 2009. sekadar untuk perkongsian bersama menghayatinya..mudah-mudahan kita tidak lupa...~~


~ Semoga kalian berjaya di dunia juga akhirat..amin..~




Tuesday, March 24, 2009

Majlis PerkaHwiNaN..

Agaknye, dh lama benar xmenjenguk blog ni..emm hampir sebulan?! hehe..aku sekarang dah keje sbg GSTT..Penat layan krenah budak2.budak2 skrang ni susah dgr ckp guru..Tiap kali msti kene rotan, 2 pn xserik2..Muka aku ni dh makin byk kedutnye sbb asyik marah budak je..takut xde org nak nati..huhu..Baru2 ini aku dgr brite gaji masuk bln 5, ade jgk org kate bln 6..aiseh..nk mkn ape? nasib baik ade loan dri FAMA.2 pn blhla ckup2 mkn kt skolah..emm ni brite lagi sedih..Lately smpai kt telinga aku ni PPD akan tamatkan kontrak beberapa org GSTT sbb terramaila pulak..masih dalam proses..kate salah seorang pegawainya mgkin bln 4 ni PPD akan umumkan camne2, ade pemilihan ke, ape ke xtaula..sahabat, saudara ku sekalian..doakan aku ek? mudah2an kontrak aku sbg GSTT berterusan..If not,emm i'll continue my study...InsyaAllah...

Emm berbalik pada tajuk topik kite sprti di atas..pada 14 Mac 2009 haritu aku m'hadiri mjlis p'khwinan kwn lama aku yg dh lama xjumpe..alhamdulillah awal jodohnye..aku bila la ek?hehe InsyaAllah akan jadila ia..ermm dikesempatan ini aku nak ucapka Selamat Pengantin Baru buat Qistin n Hazman, hope both of u hepy n enjoy with ur life together..n Allah bleSs both of u 4ever..For Hazman, take a really good care of her tau...



Qistin n Hazman's wedding
14th march 2009




~ aPPreciated each oThEr ~






Friday, February 6, 2009

Mana SaTu PiLiHan HaTi..

Emm menarik topik ni. Ada cerita untuk dikongsi. Beberapa bulan yang lalu aku telah membaca satu thread ni bertajuk sama seperti di atas dalam sebuah portal yang ditulis oleh 'Tmn2Syurga'. Tiba2 aku teringat dan terpanggil untuk berkongsi bersama dengan anda semua..Hayatinya...~~(^_^)~~


"Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..” Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. “Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. “Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . “Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha


“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


Renung-renungkan dan selamat beramal...





~~The Beauty of Life does not depend on how happy you are. But how happy others can be. Because of You!!!..~~



Thursday, February 5, 2009

AL-FATIHAH..

Selepas aku melewati blogku pada 2hb lepas, aku menjenguk ym sekejap, mana tau ada apa2 pesanan yang ditinggalkan..Dan aku menerima kejutan apabila mendapat khabar ini yang telah ditinggalkan oleh sahabatku, yang berbunyi..."AL-FATIHAH buat mohd nurazlan bin ismail atas pemergian ke Rahmatullah..pd 2 Februari 2009 kerana leukimia. .." Innalillahiwainnailaihirajiun...terkejut dan xdisangka2...Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya..Bagaimana pula dengan aku? Sudah bersediakah untuk hadapi kematian? Fikirkan tentang ini sudah cukup membuat kita terasa gerun..Lumrah kehidupan, sesuatu yang hidup pasti akan mati bila tiba waktunya...dan setelah kematian itu pasti ada kebangkitan..kebangkitan untuk mempertanggung jawabkan apa yang telah kita perbuat selama dalam kehidupan kita yang entah berapa tahun lamanya.Mati itu merupakan hal yang paling sakit dan menakutkan dan ia datang menjemput kita tanpa kira waktu dan di mana kita berada tanpa sedikit penangguhan..Oleh itu kita seharusnya sentiasa mengingati mati kerana ia boleh mghindarkan kite daripada melakukan perkara mungkar(sebagai peringatan pasti ada pembalasan semasa hari kebangkitan)..Hidup ini hanyalah sementara.janganlah kita lalai kerana terlalu asyik mengejar kejayaan dunia..

"Sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu
daripada dunia" (Al-Dhuha [93]: 4.)


Pernah jumpa seorang 'pakcik' linkungan lewat 40-an dan mempunyai dua orang isteri di tempat praktikalku satu ketika. Pelik juga bila aku memasuki ruang pejabatnya untuk ke bilik air, aku melihat sejadahnya terperuk di lantai macam tiada orang peduli.Lantas aku ambil dan kibas2kan dia supaya hilang debu, lalu aku sangkut di belakang kerusi..keesokan harinya aku melihat sejadah tersebut kembali terperuk dilantai..pelik,selepas itu aku biarkan aje dia di situ.."pelik..." perkataan inila yang bermain2 dalam fikiran..satu hari, aku balik dengan menumpang kereta 'pakcik' tu.Dalam perjalanan 'pakcik' tu asyik dan tekun berhujah pasal politik.maklumlah musim hangat orang nak cabut undi..Aku tersentak dan terperanjat bila 'pakcik' tu cakap 'politik itu nombor satu, agama tu nombor dua..'...dah buang tabiat ke apa 'pakcik' ni..astaghfirullahal'azim...aku istighfar je dalam hati..terkedu aku dibuatnya.Nak dibuatnya ajal menjemput waktu itu, memang sia-sia je la masa panjang yang Allah SWT pinjamkan..Mintak dijauhi..Harap 'Pakcik' itu diberi kesempatan untuk menebus semula kata2nya itu....Adapun pula 'pakcik' len, yang mempunyai hasrat untuk menambah isteri pernah bagitahu saya..'Allah SWT lebih suka kepada orang yang membuat dosa..' ...Ada benarnya.Tapi tak bermaksud kita ni boleh terus-menerus membuat dosa..Maksudnya adalah kita menyedari dosa kita dan bertaubat dengan nekad tidak mahu mengulanginya lagi..supaya kita lebih dekat denganNya..dan bermohon hanya padaNya..Mati itu bila2 masa je..Bersyukurlah atas setiap kesempatan yang diberikan. Solat jangan ditinggalkan..

Sudah macam2 orang yang aku jumpa..Yang baik boleh dijadikan ikutan..Buruk jadikan sempadan dan tauladan..Seharusnya diseimbangkan antara dunia dan akhirat..Apa2 yang kita jalani di dunia adalah untuk akhirat, setiap pekerjaan yang baik kita lakukan adalah ibadah, walaupun makan untuk membekalkan tenaga badan,bukan makan yang berlebih-lebihan..Dan kita perlu segera bertaubat di atas setiap dosa yang kita lakukan..
.kerana bila sudah tiba ajal menjemput, kita tak dapat bertangguh walaupun sesaat....emm pnjg plak tazkirahnya..buat diriku jua juga dirimu..Buat arwah, semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya di atas dunia ini.Ya Allah, Engkau cucurilah rahmat keatas rohnya dan tempatkanlah dia bersama2 orang yang beriman..A-min....



~~PERJUANGAN INI MASIH BELUM SELESAI~~






Monday, February 2, 2009

MimPi..


ketika mata ini masih belum mahu melabuhkan
tirai sambil dibuai2 oleh lagu celine Dion, teringat pulak aku kat blog ni..hehe.terus aje aku melayari internet..my sis dah lama dibuai mimpi..ala2 sleeping beauty gitu..agak2nya mimpi ape tu..haha..love u sis.... Selalunya orang kata mimpi ni mainan tidur,kadang2 apa yang kita fikir sebelum tidur boleh terbawa hingga ke alam mimpi...tetapi ada juga mimpi yang memberi petanda2 tertentu pada kita...Akan tetapi apa ke halnya pula dengan mimpiku ini..? Entahla..mungkin juga mainan tidur..
DiA~~

selalu juga menjengah dalam mimpiku(nyibuk je..), aku pun pelik..sekarang jarang2 sekali sebabnya mungkin tiada makna lagi bagiku untuk hiraukan tentang dia..kebiasaannya selepas aku mimpi barula terfikir-fikir kenapa..?dan mimpiku hanya kerap melihatkan kelibatnya di kejauhan..hanya sekali aje dia bersemuka,bila dia menghampiriku dan menghulurkan sesuatu, selepas itu terus mghilang ..dan sesuatu itu belum pun sempat aku membuka bungkusannya,aku terjaga..suspen betul mimpi ni..sekarang ni dia hadir dalam mimpi dengan berada begitu dekat denganku...namun tidak pula dia bertentang mata walaupun hanya skejap cuma...hanya aku yang menatapnya(gitu2 je...) ...siapa DiA??Rasa-rasanya baru aku faham apa yang aku alami....Cukup mengerti apa yang tersirat...Sebelum ni aku tak pernah terfikir..but now I got the answer....hmm....

~~FOCUS~~


Sunday, January 25, 2009

TERSEBUT AL-KISAH


:pingu_02:
Syukur ALHAMDULILLAH...


Melihatkan begitu ramai insan kini sudah pun memiliki blognya sendiri, rasa teruja juga utk memilikinya walaupun satu..Akhirnya b'jaya juga mghasilkan blog ini dengan susah payah jugakla sebab berkongsi line internet dengan teman tidur (oppss..my sis la yg xlama lg akan m'dirikn masjid bersama insan pilihan hatinya..seorng dirila nnti..=( gonna miss u), agak baikla dan lebih kepada duniaku sendiri..InsyaAllah dari masa ke semasa segalanya akan diperbaiki lagi dgn ilmu2 yg baru d perolehi..Masuk tahun 2009 ni genapla umurku yg ke 23..pejam celik pejam celik dh pn mlangkah ke alam dewasa..Masa kecik2 dulu slalu t'lintas dalam hati, bila la nak dewasa, sepertinya seronok tengok orang dewasa ke hulu ke hilir dengan arus peredaran masa, penuh komited..Tapi bila dah besar panjang ni, oo tidak..teringin pulak kembali ke zaman kecik2 dulu..xperlu banyak berfikir tentang pelbagai tanggungjawab serta permasalahan seantaro dunia..huhu...kalah ahli fikir macam ni......:pingu_34:

Dalam masa mencapai umur 23 tahun ni..banyak sudah pahit getir kehidupan yang kutempuh..Suka, duka, masam, masin, manis, serta segala godaan dan ujian dari yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Banyak yang dapat dipelajari, banyak hikmahnya tanpa aku sedari..Ya Allah, moga kekuatan yang Engkau berikan ini berpanjangan untuk hari mendatang..Bila kufikir-fikir semula, aku antara makhlukNya yang bernasib baik kerana segala ujian yang diberikan membuatkan kita semakin dekat denganNya..Syahdunya..
:pingu_27:
Kelmarin hanya tinggal kenangan, bersama peristiwa semalam..Adakah hari ini yang kutempuh, bersinar hingga ke hari esok..? InsyaAllah..dengan segala kudrat yang dikurniakan..sedaya upaya aku akan menjalani hidup yang masih bersisa ini dengan lebih baik...

Buat emak dan abah yang kukasihi, cukup berterima kasih dengan segala dorongan zahir mahupun batin demi melihat anak ini berjaya...(kerja je belum aku ni..hehe,kira masih menumpang lagi).
Buat adik2 ku sayang, belajar rajin2..jangan kesenangan hidup ini mengaburi mata..Jaga sembahyang dan tingkah-laku kerana sembahyang itu adalah tiang agama, bagaimana kita ingin menegakkan serta membela Islam tanpa tiangnya..Akhlak yang baik itu tinggi darjatnya di sisi Allah dan boleh membawa kita kepada tingkat yang tinggi di dalam syurga walaupun tidak banyak ibadahnya..dan sebaliknya jika buruk akhlaknya, walaupun seseorang itu banyak ibadahnya...
Buat kak long..i'll be with u, sama2 prepare untuk wedding akan datang, harap ceria selalu, tak usah risau, semuanya pasti ditanggung beres..

Buat kawan2 semua..really2 sorry for whatever mistake that i have done..realise or not,so sorry...i do, i'm just an ordinary human in this life..Gudluck dan semoga success selalu..sayang kamu semua...
Buat kamu yang melayari blogku yang comel ini (agak comella jgk..hehe), support me in whatever condition...:pingu_20:
Buat diriku, passed is passed..forgive and try to forget what is hurt you..yakin Allah pasti tunjuki satu jalan yang terbaik buatmu...peace :puteh_12::pandaGeli_01:
no WAR..!!ahaha....:pingu_31:


dah ngantuk,waktu pagi2 camni je la dapat luangkan masa lebih sikit..
walauapapun, i'm glad to be my self....Siapa lagi yang ingin menghargai diri kita melainkan diri kta sendiri yang harus dan yang pertama...




sampai kita ketemu lagi...............zzZZZ....
:pingu_37: