Wednesday, October 20, 2010

Warkah Buatmu Sahabat…..…

Assalamualaikum w.b.t sahabat.

Harap sihat sentiasa dan gembira selalu di sisi insan-insan yg disayangi serta tugasan-tugasan di tempatmu. Semoga kehadiran warkahku ini tidak mengganggu segala kehidupan seharianmu…

Sahabat,

Sudah sekian lama kupendamkan segalanya kerana diriku ini tak bisa untuk meluah. Maafkan diriku yg kerdil ini kerana baru kini kukhabarkan buatmu. Ku kira waktu ini yg sesuai, ya waktu ini. Ku tahu, diriku telah banyak melukakan hatimu dalam diam. Walaupun dirimu tak pernah bersuara, naluriku dapat merasakannya. Maafkan aku kerana tak bisa memenuhi hasrat hatimu…

Masihku ingat, Allah telah mempertemukan kita di satu masa. Walaupun aku insan yg sebegini, namun dirimu tak pernah jemu menyapa. Aku tak pernah mengerti maksudmu. Bagaimana aku ingin mengerti, keramahanmu menyapa semua orang, dan kebanyakannya adalah perempuan! Tapi aku tak pernah pandang serong terhadapmu. Bagiku, dirimu adalah sahabatku sama seperti sahabatku yg lain. Ya, hanya sahabat.

Lama-kelamaan temanku sendiri yg menyapaku. Dia lebih mengerti tingkahmu daripada diriku. Tapi aku tak pernah ingin percaya apa yg dikhabarkan oleh temanku kepadaku. Ya, alasannya sebab layananmu sama sahaja terhadap semua orang. Lagipun hati ini tak pernah peduli dengan semua itu.

Sahabatku,

Mungkin naluriku memahami, lama-kelamaan hati ini jadi terhibur dengan sikapmu. Aku tahu perasaan ini, tetapi aku biarkan sahaja ia tersembunyi di hati. Kerana diriku takut semua ini sekadar andaian temanku.

Sahabatku,

Betul andaianku. Tidak lama selepas itu, kau ada insan lain. Hatiku rasa bagai dihiris-hiris. Siapa tahu… Namun aku tetap biarkan sahaja hatiku begini, kerana kau sahabatku…Aku biarkan rasa ini sebagai sayang terhadap sahabat, kerana kau sahabatku…

Sahabatku,

Kau tak pernah berubah walaupun dah ada insan istimewa. Tapi mengapa? Hatiku rasa terseksa dengan sikapmu. Namun demi persahabatan, kupendamkan saja rasa ini. Aku tahu, kau juga tak dapat menilai hatiku. Tetapi kau memahamiku sebagai sahabat kerana kita mempunyai rasa yg sama…!

Sahabatku,

Perpisahan yg terjadi kerana ilmu tak pernah memudarkan ingatanmu terhadapku, walaupun terkadang waktu itu aku melupakanmu. Maafkan aku. Bagiku, dirimu dah ada teman istimewa, cukuplah.. bukan aku tidak menghargai persahabatan ini…ia tetap teguh di hati! Aku tahu, dengan sikapku yg sebegini akan membuatkan dirimu terasa. Namun kubiarkan sahaja kerana kufikir lama-kelamaan rasa itu akan hilang dengan perjalanan masa.

Sahabatku,

Walaupun hatiku sakit, tapi terasa bahagia melihat dirimu dan dirinya. Kerana sifat-sifatmu dan sifat-sifatnya yg islamik itu seakan-akan serasi walaupun hatiku cemburu! Namun aku tak mengerti, diriku tetap jadi perhatianmu! Fahamilah, aku terseksa. Sampai satu tahap, aku terluah apa yg terpendam selama kita bersahabat ketika itu. Aku tahu dirimu sedikit menyesali apa yg terjadi, menyesali kerana hatimu tak pernah berani untuk bersuara pada ketika itu. Segala-galanya sudah suratan, tak perlu untuk kita menyesali…

Sahabatku,

Maafkan aku kerana membebankanmu dengan masalahku. Maafkan aku kerana membebankanmu dan mengheretmu ke dalam masalahku ini kerana aku tidak tahu untuk meluah pada siapa, aku sangat terbeban ketika itu seakan-akan hilang arah. Untungnya diriku, kau tetap seperti dirimu yg dulu walaupun kau tahu apa yg menimpa diriku ini, kau tidak pernah berubah. Cuma aku kesal, adakah kerana diriku kau dan dia berubah haluan?

Sahabatku,

Aku amat menghargai perhatian yg kau berikan. Dari saat aku hilang arah, tergapai-gapai seorang diri. Kau tunjukkan aku satu jalan menuju satu cahaya yg menyuluh terang. Kau tak pernah tinggalkan aku dan tak jemu-jemu memandu arah untukku. Ya Allah, kasihMu itu luas. Terima kasih Ya Allah, Kau berikan aku sahabat ini. Namun langit tak selalunya cerah, iman tak selalunya teguh. Aku tetap teruji. Aku tahu sesuatu tanda ujian dariNya adalah kerana Dia inginkan hambaNya itu sentiasa mengharap, dan sentiasa dekat denganNya. Tapi kapalku masih terumbang-ambing. Maafkan diriku kerana kelemahanku ini. Aku tahu dirimu marah terhadapku. Aku tidak pinta semua ini terjadi, fahamilah…kerana aku juga insan biasa. Maafkan aku. Aku menyayanyi sahabat sepertimu. Mana mungkin dapatku cari. Dan aku takut kehilangan sahabat sepertimu. Kerana itu, aku kuatkan semangat demi janjiku terhadapmu dan demi Kasih Allah yang sentiasa kudamba. Itu yg utama. Terasa kebahagiaan di hati walaupun terkadang derita dengan perjalanan yg lalu. Ku rasa lebih dekat kini denganNya. Kurasa lebih nikmat kini ketika bersamaNya meniti malam dengan titisan-titisan airmataku di kala mereka lena…, mengutip kembali semangatku yg tertinggal.

Sahabatku,

Kutahu hatimu terhadapku tak pernah berubah. Tambahan pula keadaanku kini yg memerlukan perhatian yg lebih. Maafkan aku kerana membuat hatimu selalu bimbang, maafkan aku kerana mengoyahkan ketenangan hidupmu dengan masalahku ini. Maafkan diriku sahabat, kerana diriku begitu memerlukan sahabat sepertimu.

Sahabatku,

Di saat ini aku begitu terkenangkan dirimu. Kerana rasa hati ini dan perasaan bersalah ini terhadap dirimu. Mungkin kau begitu berkecil hati ketika ini kerana aku tetap menolak rasa hatimu. Maafkan aku sahabat. Nilai cintamu terlalu suci untuk diriku. Bukan aku tak sudi tetapi kerana kita bersahabat dari dulu hingga sekarang. Kerana kita sudah terbiasa dengan persahabatan ini. Kerana aku begitu menyayangi ikatan ini sahabat. Dan kerana aku terlalu mencintaimu sebagai sahabat. Maafkan aku. Bukan aku tidak menghargai apa yg telah kau lakukan, tapi kau berhak dapat yg terbaik! Mungkin Allah hanya meminjamkan kau sebagai sahabatku sahaja. Aku tetap bersyukur, walaupun kita dipertemukan dalam keadaan yg sebegini. Usahlah kau bimbangi tentang diriku. Kerana Allah itu sentiasa ada untuk hamba yg mendambakan kasihNya. Sahabat, ketahuilah, aku terasa bahagia dengan ukhwah kita yg sebegini walaupun kau hanya bergelar sahabat. Ukhwah ini tetap indah kerana Allah…kerana kau sahabatku.

Sahabat,

Ketika ini juga aku meneliti balik sms-sms mu yg lalu yg berunsurkan tafsir Al-Quran, hadis, nasihat dan semangat yg kau berikan. Semua kutulis dan kusimpan rapi di dalam buku kesayanganku. Terlalu banyak pesananmu untuk sahabatmu ini. Terima kasih sahabat. Aku teramat menghargainya dan berharap kau takkan jemu untuk mengirim lagi sms-sms seperti ini selagi keadaanmu dan keadaanku berkeizinan…kau fahamkan maksudku ini sahabatku..?

Sahabatku dunia dan akhirat,

Kukira kau akan mengerti di sebalik diriku yg kerdil dengan kehadiran warkah istimewa buatmu ini. Untukku dan keikhlasanmu dalam persahabatan kita ini, berjanjilah padaku untuk hidup dengan sebaik-baiknya. Aku tahu insan yg menyayangimu kini adalah insan yg baik. Aku telah tunaikan janjiku terhadapmu, kini tiba giliranmu. Untukmu kusentiasa doakan kebahagiaan, kesejahteraan dan rahmat dariNya. Doakanlah juga untukku. Lepaskanlah semua perasaan yg lepas sahabatku…Aku tidak ingin terseksa lagi dan aku tidak sanggup melihat kau dalam keadaan sebegini pada ketika ini…Fahamilah keadaan ini sahabat…Terimalah suratan takdir ini…Allah juga inginkan yg terbaik untukmu…! Biarlah ia berakhir di sini, biarlah ia berakhir di sini..tapi bukan persahabatan kita…kerana kau akan sentiasa menjadi sahabatku……dunia dan akhirat.Wassalam…

" Untunglah orang mukmim, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya. Bukan namanya perjuangan tanpa kesulitan, namun disebaliknya ada ketenangan. Yang PASTI kita tak sendirian, ALLAH tetap bersama…." – dipetik daripada sms mu.


Ikhlas dari ceruk hati sahabatmu.

10:37 pm, December 4th, 2007.




~ RiNdu YaNg BISU...hiNgg@ sAmPaI wAkTu, RinDukU pUn bErLALu... ~



No comments:

Post a Comment