Tuesday, November 22, 2011

.: BERSAMA DALAM MENCARI REDHA-NYA :.

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa. Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."


Dan bermulala detik bersejarah dalam hidupku^_~

Tanggal 13 Mac 2011 tepat jam 12:29 PM diriku bergelar seorang isteri kepada seorang suami;)

Seorang lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya dijadikan satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan. Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman kerana perjalanan perkahwinan itu sendiri bukan untuk sehari dua saje, malah berpanjangan..


.: Saat yang tidak pernah dilupakan :.

~ ReDhAmu, sYuRGaku ~




Monday, November 29, 2010

Hari Pertunangan..


Setelah memberi kata putus dan persepakatan dicapai, akhirnya secara rasmi kami 'terikat' pada 06 November 2010 bersamaan hari sabtu kira-kira jam 3.00 petang..
Siapa sangka secepat ini semuanya terjadi..aku sendiri sehingga kini masih terasa ianya bagaikan sebuah mimpi..Baru semalam rasanya aku bermohon dan bermunajat pada NYA supaya cepat dipertemukan jodoh..Ya Allah,terasa baru semalam sahaja aku merintih pada MU, siapakah dia yang akan sama-sama bergandingan dalam menempuh rintangan hidup ini demi redha-MU..subhanallah..~
Namun Ya Allah, janganlah Engkau lalaikan kami hanya kerana sebuah ikatan yang belum halal ini..Semoga ianya sentiasa terpelihara dalam jagaan MU....





~ Segalanya kan bermula di sini... ~

Sunday, October 24, 2010

Rombongan 'ZiArAH...'


~ saturday, 23rd october 2010, 11:14pm ~

" Awk btul2 ke ni..? ", sms dilayang selepas ape yg t'jadi petang td.
" btul2 la ni, xkan main2 plak..saya sedia terima awak.." , antara percaya dengan tidak aje aku hadam jawapan daripada dia..
" emm..btul ni? ", aku tanye lagi untuk kepastian tahap maksimum..biarpun rombongan telah sampai ke rumah petang td..~ abah & mak pn dh meleret senyumnya...~~apakah maksudnya ini..??! ~ masih xdapat diterima akal.. ~ nah, amik kau..'go with the flow' btul2 ni..(@@).
"Yela, betulla..awk leh trime sy tak? sy xnakla paksaan..2 je..", haru baca ayat ni..'sy xnkla paksaan..2 je.'

So..what should I say....??

Berfikir sejenak...Istikharah tanpa mimpi..tapi petunjuk xsmestinya datang melalui mimpi..tapi jalan yang dipermudahkan olehNYA ~ dengan abah dan mak yang senyum memanjang ~ smua orang pn girang ~ adakah ini petunjuk dari NYA ~ sementelah pendapat semua orang berpusat ke satu arah, kemas..!! ~ adakah ini semua petunjuk??

Lagipun, cara ini yg ku suka..bukan melalui bercinta sakan..kate org, 'no feeling-feeling...'. Nak feeling, lepas kahwinla..ahakks~ bukankah ini cara islam? islam itu indah...!

Sebenarnya...
aku lebih sukakan orang lain..Tapi orang tu memilih untuk tidak berbuat apa2!! Lalu aku yg kerdil ini pasrah..Cukupla sgala 'hints' yang aku bagi...~ walaupun dalam hati masih mengharap.. ~ aku redha dengan ketentuan Ilahi, kerana DIA lebih mengetahui...aku teringat ayat ini..

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ~ Al-Baqarah, 216.

Berbekalkan segala kesimpulan di atas, lalu aku taip message,
" saya boleh..insyaAllah..."
. Dan punat 'send' ditekan....
~ masih ada keraguan..tapi aku betul2 b'serah pada DIA, KEKASIH yang tak pernah aku ragui..Andai betul sudah tersurat, smoga dipermudahkan jalan selepas ini... ~


@@@@@@@@

Ramai orang berpandangan,

Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,

Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,

Mereka sebenarnya terlepas pandang,

Dalam Islam ada tempoh taaruf dalam
RISIK

dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,

Taaruf itulah yang mendedahkan keserasian,
Cuma taarif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran
manusia berlainan,

Islam mengajar manusia taaruf
yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dar
i kemaksiatan.
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,

Islam mngajar serasi dengan ajaran Tuhan,

Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,

batasan-NYA tidak boleh

dipermainkan.


~Monolog Asiah Yusra~
dalam novel

TAUTAN HATI
Fatimah Syarha Mohd. Noordin




~ KeiNDaHaN MaSJiD yAnG diBiNa aDaLah bErGaNtUng pAdA NiAT dan KEIKHLASAN iNsAn2 yAnG bErSaMa mEnGHiDupKaNNyA ~


Thursday, October 21, 2010

CiNTaKu...



Angin membelai wajah..
dalam kedinginan seakan menyapa…
Menyampaikan hasrat di jiwa,melagukan irama kerinduan..
Gemersik ketulusan..
membawa sejuta perasaan..yang tersimpan kukuh dan rapat..
Entah bila bisa bersuara..menyata kasih menyampai rindu..
HAnya Tuhan saja yg tahu..perasaan yang berlagu di jiwa..
Kerana diri masih buntu..dalam mencari cinta...
Yang pastinya..
Cinta Ilahi, cinta yg kekal abadi…..



~ MoGa DeNgAn CiNtA-MU YA RABB, aKaN kuTeMui cinTa dia ~

Wednesday, October 20, 2010

Warkah Buatmu Sahabat…..…

Assalamualaikum w.b.t sahabat.

Harap sihat sentiasa dan gembira selalu di sisi insan-insan yg disayangi serta tugasan-tugasan di tempatmu. Semoga kehadiran warkahku ini tidak mengganggu segala kehidupan seharianmu…

Sahabat,

Sudah sekian lama kupendamkan segalanya kerana diriku ini tak bisa untuk meluah. Maafkan diriku yg kerdil ini kerana baru kini kukhabarkan buatmu. Ku kira waktu ini yg sesuai, ya waktu ini. Ku tahu, diriku telah banyak melukakan hatimu dalam diam. Walaupun dirimu tak pernah bersuara, naluriku dapat merasakannya. Maafkan aku kerana tak bisa memenuhi hasrat hatimu…

Masihku ingat, Allah telah mempertemukan kita di satu masa. Walaupun aku insan yg sebegini, namun dirimu tak pernah jemu menyapa. Aku tak pernah mengerti maksudmu. Bagaimana aku ingin mengerti, keramahanmu menyapa semua orang, dan kebanyakannya adalah perempuan! Tapi aku tak pernah pandang serong terhadapmu. Bagiku, dirimu adalah sahabatku sama seperti sahabatku yg lain. Ya, hanya sahabat.

Lama-kelamaan temanku sendiri yg menyapaku. Dia lebih mengerti tingkahmu daripada diriku. Tapi aku tak pernah ingin percaya apa yg dikhabarkan oleh temanku kepadaku. Ya, alasannya sebab layananmu sama sahaja terhadap semua orang. Lagipun hati ini tak pernah peduli dengan semua itu.

Sahabatku,

Mungkin naluriku memahami, lama-kelamaan hati ini jadi terhibur dengan sikapmu. Aku tahu perasaan ini, tetapi aku biarkan sahaja ia tersembunyi di hati. Kerana diriku takut semua ini sekadar andaian temanku.

Sahabatku,

Betul andaianku. Tidak lama selepas itu, kau ada insan lain. Hatiku rasa bagai dihiris-hiris. Siapa tahu… Namun aku tetap biarkan sahaja hatiku begini, kerana kau sahabatku…Aku biarkan rasa ini sebagai sayang terhadap sahabat, kerana kau sahabatku…

Sahabatku,

Kau tak pernah berubah walaupun dah ada insan istimewa. Tapi mengapa? Hatiku rasa terseksa dengan sikapmu. Namun demi persahabatan, kupendamkan saja rasa ini. Aku tahu, kau juga tak dapat menilai hatiku. Tetapi kau memahamiku sebagai sahabat kerana kita mempunyai rasa yg sama…!

Sahabatku,

Perpisahan yg terjadi kerana ilmu tak pernah memudarkan ingatanmu terhadapku, walaupun terkadang waktu itu aku melupakanmu. Maafkan aku. Bagiku, dirimu dah ada teman istimewa, cukuplah.. bukan aku tidak menghargai persahabatan ini…ia tetap teguh di hati! Aku tahu, dengan sikapku yg sebegini akan membuatkan dirimu terasa. Namun kubiarkan sahaja kerana kufikir lama-kelamaan rasa itu akan hilang dengan perjalanan masa.

Sahabatku,

Walaupun hatiku sakit, tapi terasa bahagia melihat dirimu dan dirinya. Kerana sifat-sifatmu dan sifat-sifatnya yg islamik itu seakan-akan serasi walaupun hatiku cemburu! Namun aku tak mengerti, diriku tetap jadi perhatianmu! Fahamilah, aku terseksa. Sampai satu tahap, aku terluah apa yg terpendam selama kita bersahabat ketika itu. Aku tahu dirimu sedikit menyesali apa yg terjadi, menyesali kerana hatimu tak pernah berani untuk bersuara pada ketika itu. Segala-galanya sudah suratan, tak perlu untuk kita menyesali…

Sahabatku,

Maafkan aku kerana membebankanmu dengan masalahku. Maafkan aku kerana membebankanmu dan mengheretmu ke dalam masalahku ini kerana aku tidak tahu untuk meluah pada siapa, aku sangat terbeban ketika itu seakan-akan hilang arah. Untungnya diriku, kau tetap seperti dirimu yg dulu walaupun kau tahu apa yg menimpa diriku ini, kau tidak pernah berubah. Cuma aku kesal, adakah kerana diriku kau dan dia berubah haluan?

Sahabatku,

Aku amat menghargai perhatian yg kau berikan. Dari saat aku hilang arah, tergapai-gapai seorang diri. Kau tunjukkan aku satu jalan menuju satu cahaya yg menyuluh terang. Kau tak pernah tinggalkan aku dan tak jemu-jemu memandu arah untukku. Ya Allah, kasihMu itu luas. Terima kasih Ya Allah, Kau berikan aku sahabat ini. Namun langit tak selalunya cerah, iman tak selalunya teguh. Aku tetap teruji. Aku tahu sesuatu tanda ujian dariNya adalah kerana Dia inginkan hambaNya itu sentiasa mengharap, dan sentiasa dekat denganNya. Tapi kapalku masih terumbang-ambing. Maafkan diriku kerana kelemahanku ini. Aku tahu dirimu marah terhadapku. Aku tidak pinta semua ini terjadi, fahamilah…kerana aku juga insan biasa. Maafkan aku. Aku menyayanyi sahabat sepertimu. Mana mungkin dapatku cari. Dan aku takut kehilangan sahabat sepertimu. Kerana itu, aku kuatkan semangat demi janjiku terhadapmu dan demi Kasih Allah yang sentiasa kudamba. Itu yg utama. Terasa kebahagiaan di hati walaupun terkadang derita dengan perjalanan yg lalu. Ku rasa lebih dekat kini denganNya. Kurasa lebih nikmat kini ketika bersamaNya meniti malam dengan titisan-titisan airmataku di kala mereka lena…, mengutip kembali semangatku yg tertinggal.

Sahabatku,

Kutahu hatimu terhadapku tak pernah berubah. Tambahan pula keadaanku kini yg memerlukan perhatian yg lebih. Maafkan aku kerana membuat hatimu selalu bimbang, maafkan aku kerana mengoyahkan ketenangan hidupmu dengan masalahku ini. Maafkan diriku sahabat, kerana diriku begitu memerlukan sahabat sepertimu.

Sahabatku,

Di saat ini aku begitu terkenangkan dirimu. Kerana rasa hati ini dan perasaan bersalah ini terhadap dirimu. Mungkin kau begitu berkecil hati ketika ini kerana aku tetap menolak rasa hatimu. Maafkan aku sahabat. Nilai cintamu terlalu suci untuk diriku. Bukan aku tak sudi tetapi kerana kita bersahabat dari dulu hingga sekarang. Kerana kita sudah terbiasa dengan persahabatan ini. Kerana aku begitu menyayangi ikatan ini sahabat. Dan kerana aku terlalu mencintaimu sebagai sahabat. Maafkan aku. Bukan aku tidak menghargai apa yg telah kau lakukan, tapi kau berhak dapat yg terbaik! Mungkin Allah hanya meminjamkan kau sebagai sahabatku sahaja. Aku tetap bersyukur, walaupun kita dipertemukan dalam keadaan yg sebegini. Usahlah kau bimbangi tentang diriku. Kerana Allah itu sentiasa ada untuk hamba yg mendambakan kasihNya. Sahabat, ketahuilah, aku terasa bahagia dengan ukhwah kita yg sebegini walaupun kau hanya bergelar sahabat. Ukhwah ini tetap indah kerana Allah…kerana kau sahabatku.

Sahabat,

Ketika ini juga aku meneliti balik sms-sms mu yg lalu yg berunsurkan tafsir Al-Quran, hadis, nasihat dan semangat yg kau berikan. Semua kutulis dan kusimpan rapi di dalam buku kesayanganku. Terlalu banyak pesananmu untuk sahabatmu ini. Terima kasih sahabat. Aku teramat menghargainya dan berharap kau takkan jemu untuk mengirim lagi sms-sms seperti ini selagi keadaanmu dan keadaanku berkeizinan…kau fahamkan maksudku ini sahabatku..?

Sahabatku dunia dan akhirat,

Kukira kau akan mengerti di sebalik diriku yg kerdil dengan kehadiran warkah istimewa buatmu ini. Untukku dan keikhlasanmu dalam persahabatan kita ini, berjanjilah padaku untuk hidup dengan sebaik-baiknya. Aku tahu insan yg menyayangimu kini adalah insan yg baik. Aku telah tunaikan janjiku terhadapmu, kini tiba giliranmu. Untukmu kusentiasa doakan kebahagiaan, kesejahteraan dan rahmat dariNya. Doakanlah juga untukku. Lepaskanlah semua perasaan yg lepas sahabatku…Aku tidak ingin terseksa lagi dan aku tidak sanggup melihat kau dalam keadaan sebegini pada ketika ini…Fahamilah keadaan ini sahabat…Terimalah suratan takdir ini…Allah juga inginkan yg terbaik untukmu…! Biarlah ia berakhir di sini, biarlah ia berakhir di sini..tapi bukan persahabatan kita…kerana kau akan sentiasa menjadi sahabatku……dunia dan akhirat.Wassalam…

" Untunglah orang mukmim, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya. Bukan namanya perjuangan tanpa kesulitan, namun disebaliknya ada ketenangan. Yang PASTI kita tak sendirian, ALLAH tetap bersama…." – dipetik daripada sms mu.


Ikhlas dari ceruk hati sahabatmu.

10:37 pm, December 4th, 2007.




~ RiNdu YaNg BISU...hiNgg@ sAmPaI wAkTu, RinDukU pUn bErLALu... ~



Thursday, October 14, 2010

KELAZATAN PERSAUDARAAN





Ayuh, Rasakan Kelazatan Persaudaraan


"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." - Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Sahabat…
rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari
dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat…
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang di antara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat…
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu ‘Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Sahabat…
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." Q.S Al-Hujurat : 10

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." hari. Muttafaqun ‘Alaih

Sahabat…
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya?


Wallahualam.

Wednesday, October 13, 2010

SeJeNak...~


Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :

Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.
Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

(HR. Turmuzi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).